Sep 26, 2005

Lantai marmar..satu analogi :)

Berjalan-jalan di laman kampus, aku sibuk menunduk ke bawah. Entah..tak langsung tak menjengah apa yang ada di depan mata. Bisa mungkin aku simpan kata hati dari mengomen perilaku manusia yang kadangnya menyakitkan mata.

Ouh, aku mendapat ilham pada hari itu. Analogi tentang kehidupan. Analogi hidup ini terfikir bila aku memandang lelantai marmar yang sedang aku dan kalian semua pijak. Lantai marmar?? Alah, yang penuh kat UIA kita ni. Sayangnya, udah disusun cantik-cantik..alih-alih kena juga pijak. Abis, nak buat camne? Fitrahnya begitu.

Aku renung batu marmar yang tersusun cantik tu. Ada bahagian yang sama warnanya. Ada pulak yang disusun menyerupai lekuk bunga..isk! Memang cantik. Kat ERA selalu uarkan white horse seramik kan?? Hah, memangnya batu-batu ini diguna untuk menghiasi lelantai, kamar mandi dan segalanya di sisi kita. Ada yang merah, kuning, hijau..cantik ya?

Analoginya?

Hidup ini rasanya..begitulah. Segalanya dah Allah aturkan. Ada bahagiannya mungkin biasa-biasa dan ada juga bahagian hidup ni yang menarik dan indah; dapat masuk Universiti, dapat kejayaan dan segalanya. Tapi, nak kata hidup ni memang tersusun cantik je, tak boleh jugak. Macam batu marmar, ada juga bahagian yang berlubang walau sekitarnya masih cantik menghiasi laman kaki.

Hidup ini dah diaturkan oleh Robbul 'Izzati. Memang ada part best dan tak best. Ada masa kita dapat kejayaan, ada masa kita ditimpa bencana. Kuasa mutlaknya pada Tuhan.

Lantas, Tuhan juga tak tinggalkan kita begitu aja. Diberi 'aqal untuk berfikir dan mengubah keadaan diri. Yang usaha lebih, tentu Tuhan tak hampakan. Yang tak berusaha, tinggallah diri diulit gelisah sengsara.

Nah, hidup ini untuk dipilih. Jadi, pilihlah untuk berbahagia dan menikmati hidup dengan rasa damai. Tiada kekejaman, tiada kesulitan sesama makhluk Tuhan. Jaga hubungan dengan semua.

Pilihlah juga untuk menjadi hamba yang redha dengan ketentuan Tuhan. Ada hikmahnya jika bersabar tika diuji. Bersyukurlah sebab dugaan itu adalah satu tanda bahawa Tuhan masih ingat pada kita walau dalam bentuk diduga.

Jika redha dan menikmati hidup dengan syukur, insyaAllah, hidup ini kita akan dihadapi dengan tenang dan tak berkeluh kesah. Sebabnya kita yakin betul bahawa segalanya datang dari Tuhan.

Dalam surah Ibrahim ada Tuhan katakan yang bermaksud, jika kita bersyukur, maka akan ditambah nikmat itu dan jika kita kufur (tak bersyukur) maka balasannya amat berat.

Baiknya Tuhan bila DIA masih memberi peringatan pada hamba yang kebanyakannya ingkar. Erm, Tsunami, Katrina, Rita...itu baru rotan kecil bak kata Uztaz Akil. Baru peringatan. Jikalah Tuhan itu terus melupuskan kita semua bagai yang pernah terjadi pada kaum Tsamud, wana'uzubillah. Moga kita kembali sebelum terlambat.

Hidup ini begitulah. Ada perkara yang manis dan ada juga yang pahit: Ada bahagian berbunga dan ada bahagian berlubang. Hidup kita dan batu marmar. Dan jika ada yang sedar akan batu marmar yang berlubang, ambillah inisiatif untuk menampalnya. Lalu, ia tentu menjadi indah kembali. Persis hidup, jika ada kesilapan, ada keburukan, cubalah dibetulkan semula.

Ini untuk aku kongsikan. Lihatlah bumi Tuhan seluasnya. Pesan dan hikmah Tuhan ada pada setiap kejadian; seperti kiasan hidup yang ada di lantai marmar. Analogi yang terlintas di kepala buat mendamaikan hati yang sebenar sedang berkecamukan. Terima kasih kerna mengilhamkannya wahai Robb. Salam juang.

Maka benarlah firman Allah SWT :
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar.Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?" Fushshilat 41:53

No comments: